Malaysia Dateline

Tahniah, atlet badminton Paralimpik Malaysia dapat emas

Cheah Liek Hou menghadiahkan kilauan emas buat negara sebentar tadi setelah berjaya menundukkan pemain ranking no. 1 dunia dari Indonesia, Antimushti Dheva (Indonesia) dalam perlawanan straight set 21-17 dan 21-15.

Beliau membuktikan keunggulannya sebagai atlet pertama badminton negara untuk memenangi pingat emas usai mengenepikan Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 pada pentas final perseorangan lelaki badminton Kelas SU5 Sukan Parampik Tokyo sebentar tadi.

Paling mencuri tumpuan ialah kejayaan Liek Hou memenangi perlawanan dua set terus ke atas pemain pilihan pertama dari Indonesia itu walaupun menerima tentangan sengit pada set kedua.

“Tahniah Liek Hou, Tahniah Datuk Rashid Sidek,” kata Nusa Mahsuri.

Dalam pada itu bekas Menteri Belia dan Sukan Reezal Marican Naina Marican mengucapkan erima kasih dan penghargaan daripada saya juga buat Datuk Rashid Sidek yang telah membimbing Cheah Liek Hou berjaya hingga ke tahap ini.

“It is all about good coach and good teamwork! Tahniah Liek Hou. Terima kasih Liek Hou,” tulis beliau.

Ini merupakan emas kedua Paralimpik buat Malaysia selepas emas pertama daripada jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin melakar kejayaan apabila meraih emas dalam bagi acara 72 kilogram (kg) lelaki selain mencatatkan rekod baharu Paralimpik.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu meraih emas setelah berjaya melakukan angkatan 228kg pada angkatan ketiga bagi memadamkan rekod sebelum ini, 225kg.