Tahniah berjaya buat keputusan kilat, kata Rais kepada KPN

Rais Yatim antara penyerang BN dari dalam sekarang di samping Rafidah.

 

Penasihat Sosial dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim dengan penuh sindiran mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN) dalam isu Jho Low.

“KPN sudah umum hari ini Jho Low tiada kaitan dengan skandal 1MDB.

“Tahniah kerana berjaya buat keputusan kilat dalam tempoh paling singkat,” tulis Rais dalam facebooknya hari ini.

Rais sebelum ini pernah meninggalkan Umno ketika parti itu dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menyertai Tengku Razaleigh Hamzah membentuk Parti Melayu Semangat 46.

Rais mencadangkan agar Jho Low, pemain utama dalam skandal paling besar di dunia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pulang ke tanah air tanpa apa-apa kebimbangan selepas ini.

“Wajar disyorkan supaya lepas ini Jho Low boleh pulang ke ke tanah air tanpa sebarang prasangka.

“Tahniah lagi kerana kecekapan PDRM buat kerja !!” tulis Rais lagi dalam posting itu.

 

Tulisan Rais yang menyebabkan penyokong BN marah kepada beliau.

 

Sebelum ini, Rais menolak kenyataan Menteri Komunikasi Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Menteri Kom sepatutnya tak menyindir bahawa saya terikut ikut dengan kenyataan tentang siasat Jho Low.

“Saya bukan dalam kategori itu. Warga Malaysia ini sudah diburu oleh 8 negara sabit penyelewengan berbillion RM 1MDB.

“Saya cuma minta pihak yang berwajib bukalah fail siasatan dan jalan kerja,” kata beliau.

Rais juga berkata, siasatan ke atas Jho Low bukan hanya fasal kapal mewahnya Equanimity yang ditahan di Bali, Indonesia sahaja.

“Siasat fasal peranannya dalam penyelewengn duit 1MDB berbillion ringgit,” kata Rais bekas timbalan presiden Parti Melayu Semangat 46 itu.

“Sekadar mengingatkan menteri kita lebih teliti apa salahnya? PDRM tak payah tunggu arahan. Tengok CPC. Jalan tugas,” tulis beliau.

 

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS