Malaysia Dateline

Tahniah Datuk Menteri Kanan Pendidikan! Tapi…

Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021, YB Senator Menteri Kanan Pendidikan telah dikurniakan pingat yang membawa gelaran Datuk.

Saya mengucapkan tahniah buat YB Senator atas anugerah ini. Sesungguhnya ramai yang terkejut dan teruja.

Saya berpandangan dengan penganugerahan ini, YB Senator akan lebih menumpukan sepenuh perhatian kepada sistem pendidikan negara kita sekarang.

Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan negara kita kian merosak dan bercelaru akibat daripada perubahan sistem secara terpaksa akibat Covid-19.

Oleh itu, tempoh YB Senator dan pasukan melihat dan merenung panjang masalah ini sudah pun tamat.

Apa yang perlu YB Senator memulakan perubahan yang menyeluruh dalam pendidikan negara kita agar benar-benar serasi dengan keadaan pandemik sekarang.

Selain itu, dengan motivasi dari gelaran itu tadi, dapatlah YB Senator menyegerakan bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan kemudahan pendidikan agar mereka tidak tercicir, memandangkan sesi pembelajaran telah pun lama bermula.

Kami mengharapkan YB Senator mampu menyelesaikan masalah dan persoalan yang berbangkit secepat mungkin.