Malaysia Dateline

Tahniah Ermie!

Hari ini (semalam) PN mengumumkan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika PN mendapat majoriti dalam pilihan raya sabtu 20 Nevember 2021 nanti.

Tahniah Ermie. Tahniah PN.

Tahniah kerana berjaya membodohkan Pas yang selama ini menentang wanita sebagai ketua.

Dulu semasa Pas bersama Dap dan KeADILan di Selangor, Pas tidak bersetuju Wan Azizah dicadangkan sebagai Menteri Besar Selangor dengan berbagai dalil. Antaranya bagaimana Wan Azizah hendak mengiringi Tuanku Sultan ke masjid untuk solat Jumaat? Akhirnya Azmin jadi MB.

Sekarang Mas Ermie boleh iringi Ali Rustam solat jumaat jika dia KM.

Tahniah juga kerana Mas Ermie mungkin kekal menjadi bakal Ketua Menteri kerana jika PN tidak mendapat majoriti, mustahil Mas Ermie akan jadi KM.

Jika PN dan BN bergabung membentuk Kerajaan nescaya Mas Ermieyati bukan KM kerana Mas mengalahkan Rauf di kerusi yang sama atau Rauf kalahkan Mas. Kalau Mas kalah, macamana nak jadi KM?

Tapi aku rasa kedua-dua Mas Ermie dan Rauf akan kecundang.

Mas Ermiyati tidak rugi kerana masih Timbalan Menteri.