Malaysia Dateline

Tahniah Haniza, selepas dipecat, dapat RM1 juta

Bekas Ketua Wanita PKR yang baru sahaja dipecat Haniza Mohamed Talha dinobatkan sebagai pemenang hadiah istimewa dengan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta melalui Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020.

Kemenangan Haniza Talha diketahui selepas BSN memaklumkan hal tersebut melalui laman webnya baru-baru ini.

Dalam keputusan cabutan istimewa BSN SSP itu, Haniza diumumkan sebagai pemenang RM1 juta dengan nombor sijil simpanan 018-88843761.

Haniza dilaporkan hadir ke Wisma Ehsan BSN Cawangan Negeri Selangor, Shah Alam pada 8 Julai bagi menerima wang cabutan itu sebagaimana dalam satu foto yang dikongsi di Facebook Penggerak Komuniti Negara P109.

Turut dikongsikan beberapa keping gambar Haniza menerima mock cheque dari Pengarah Negeri BSN Selangor.

Pada 28 Jun lalu, selain dipecat dari jawatan disandangnya, PKR juga melucutkan keahlian beliau.