Tahniah, kata Amanah kepada kerajaan dan rakyat Turki

Tahniah, kata Amanah kepada kerajaan dan rakyat Turki

Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dan rakyat Turki yang telah berjaya mematahkan cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera dalam tempoh kurang 24 jam.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kesatuan yang ditunjukkan tanpa mengira fahaman politik dan latar agama,  telah menjadi benteng ampuh mempertahankan kerajaan Turki yang telah dipilih secara sah dan demokratik.

“Sehubungan itu, sebagai tanda solidariti terhadap kerajaan dan rakyat Turki, Amanah akan mengadakan kunjungan ke Pejabat Kedutaan Turki di ibu negara pada Isnin, 18 Julai ini.

“Sebagai Timbalan Presiden Parti, saya akan mengetuai kunjungan ini bersama-sama rakan pimpinan yang lain,” kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berharap,  rakyat Turki sentiasa diberi kekuatan untuk terus mempertahankan pemerintahan sah sedia ada daripada sebarang ancaman politik yang anti-demokratik.