Malaysia Dateline

Tahniah Khairy, harapan kini pada anda – Dzulkefly Ahmad

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah di atas pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan baru menggantikan kedudukan Datuk Seri Adham Baba.

Dzulkefly dalam ciapan Twitternya, turut menyertakan klip video pendek ketika sesi perbahasan di Parlimen pada Julai lalu, di mana beliau memuji Khairy sebagai ‘Excellent Menteri’.

“Tahniah kepada YB Menteri Kesihatan yang baru dilantik @Khairykj.

“Harapan kini terletak di tangan anda untuk membantu negara dalam tempoh percubaan lagi getir ini dalam menangani pengurusan pandemik. (Dengan) menggunakan pendekatan seluruh negara.

“Kami doakan yang terbaik untuk anda,” ciapnya di Twitter.

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelantikan Khairy sebagai Menteri Kanan Kesihatan yang baru.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang kini dipegang oleh Adham.