Malaysia Dateline

Zulhazmi Shariff

Tahniah! Kompaun kerajaan dan kementerian sekali

Portal berita, bharian.com.my pada 21 April 2021 melaporkan bahawa Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID-19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata langkah itu untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di semua sekolah di Pahang.

Tahniah kerana amat cekap dan tegas dalam membendung pandemik.

Tetapi bukankah wajar kompaun juga dikeluarkan kepada Kementerian Pendidikan khususnya Menteri Pendidikan yang kalah pilihanraya dulu kerana Menteri yang keluarkan arahan pembukaan sekolah yang menyebabkan tercetusnya kluster sekolah?

Kenapa Menteri Pendidikan tidak ikut jejak langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) yang kekal menutup Parlimen bagi mengelakkan kluster Parlimen.

Sekolah samada menengah atau rendah memang semua maklum dihadiri pelajar yang paling tua pun sekitar 18 tahun manakala termuda 6 tahun di peringkat pra sekolah.

Sekolah pula kapasitinya bukan seperti Parlimen yang hanya sekitar 500 orang jika dikira kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara sekali gus.

Sudah semestinya akan berlaku perkumpulan tanpa jarak 1 meter dan sebagainya di sekolah sekiranya dikira keluasan bilik darjah dan keluasan sekolah. Untuk kekal jarak 1 meter antara murid malah antara guru amat sukar tetapi sekolah tetap diarah buka seperti biasa.

Parlimen yang rata-ratanya dewasa malah berusia emas, tambahan pula terdiri daripada penggubal undang-undang tetap tidak dibuka kerana khuatir penularan pandemik.

Elok rasanya Polis pertimbangkan untuk kompaun Menteri Pendidikan dan Jemaah Menteri kerana mereka ini terbukti gagal membendung pandemik yang berlaku sudah masuk setahun.

Apa pandangan semua? Bukannya dengki pada Kerajaan, cuma menyampah saja.

Ini #KerajaanGagal