Malaysia Dateline

Tahniah Pas Selangor, syabas Khaled bantu Pas-BN pada PRU14

ULASAN:Perkembangan Politik tanah air makin menarik,khususnya perubahan iklim politik PAS yang sedang dilihat makin mendekati UmnoBN dengan penuh mesra

Episod ini bermula dengan pendirian Pas yang mahu bertanding PRU14 akan datang bukan untuk mengambil alih kuasa politik dari Umno-BN apabila hanya menyasarkan kemenangan untuk memenangi 40 kerusi parlimen sahaja.

Percaturan demikian bermakna Pas akan menumpukan 40 kerusi Parlimen yang diyakini boleh menang walaupun jumlah kerusi yang ditandingi Pas ialah 130 kerusi,ianya hanyalah sekadar ‘mainan silap mata,agar tidak dimarahi oleh ahli agar Pas masih dilihat sebagai pencabar Umno-BN.

Keduanya ialah mengenai kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menjadikan 40 kerusi sekiranya menang untuk menjadi kuasa penentupada BN dan PH bagi membentuk kerajaan.

Ini kerana congakan Pas menjangkakan BN dan PH tidak mempunyai cukup jumlah kerusi yang dimenangi bagi membentuk kerajaan.

Pendirian Presiden Pas itu diperkukuhkan dengan pencerahan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan yang menyatakan Pas hanya ada dua pilihan sahaja sama ada berunding dan membentuk kerajaan campuran dengan Umno-BN atau kekal sebagai pembangkang.

Kenyataan sebegini mengambarkan hasrat Pas yang bersedia mengekalkan Umno-BN untuk terus menjadi kerajaan manakala Pas pula adalah sebahagian dari kerajaan kleptokrat wajah baru dengan diberi nilai tambah Islam yang ada pada Pas sebagai ‘tanda halal’ kepada kerajaan kleptokrat Umno-BN pimpinan Najib Razak.

Ketiganya perkembangan yang paling menarik ialah kesudian Pas menawarkan kerusi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim mantan Menteri Besar Selangor untuk bertanding mewakili Pas pada pru14 ini.

Tawaran Pas sudah tentu dibuat dengan penuh kesedaran setelah Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan membantu Umno-BN untuk memenangi PRU14 akan datang dan merampas Selangor dari Pakatan Harapan ketika menghadiri konvensyen Umno Selangor pada 2 Disember 2017 lalu.

Syabas Tan Sri Khalid kerana diterima Pas dan Umno sebagai faktor penyatuan bagi mengekalkan kerajaan kleptokrat Umno-BN di Putrajaya dan merampas Selangor untuk diserah kepada kleptokrat Umno-BN.

Tahniah juga kerana Tan Sri Khalid telah dapat melihat kematangan politik Pas dan kelemahan politik Umno untuk digabung jalin menjadikan ‘konsortium’ dalam arena politik Malaysia dan cara begini jalan mengorak langkah Malaysia ke arah sistem politik dua parti.

Syabas kepada pimpinan Pas yang berani menyerlah sikap dan pendirian untuk bersama dengan Umno sorta mudah difahami oleh keseluruhan ahli Pas.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.