Malaysia Dateline

Tahniah Turki batalkan status Aya Sofia sebagai muzium

Biro Antarabangsa AWAN Nasional berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan seluruh rakyat Turki di atas ketetapan yang dikeluarkan pada 10 Julai 2020 selepas mahkamah Turki membatalkan status Aya Sofia (Hagia Sophia) sebagai sebuah muzium.

Pengerusi Biro Antarabangsa AWAN Nasional Anfaal Saari berkata, keputusan mahkamah tersebut merupakan kemuncak kepada kempen empat tahun oleh pertubuhan kebudayaan yang menuntut pemuliharaan beberapa monumen termasuk gereja Byzantin.

Aya Sofia telah diubah menjadi sebuah masjid selepas Sultan Mehmet II menunaikan solat Jumaat pertama pada 1453, 3 hari selepas menakluk kota Konstantin.

Walau bagaimanapun, di bawah pemerintahan sekular republik Turki pada tahun 1943, monumen tersebut telah diubah menjadi sebuah muzium.

Walau pun keputusan ini menimbulkan keresahan di kalangan penganut agama Kristian, Awan Nasional menyokong agar ruang untuk pelancong Aya Sofia tetap dibuka bagi mengekalkan identitinya sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

“Ini tidak berbeza dengan keadaan Istana Topkapi dan Masjid Biru.

“Kesungguhan Presiden Erdogan mengembalikan sejarah, kepercayaan, maruah bangsa dan negara benar-benar layak menerima pujian,” katanya dalam satu kenyataan.