Malaysia Dateline

Tahu tak kenapa Najib pilih penjara Kajang, bukan Sungai Buloh?

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Datuk Seri Najib Razak sengaja memilih penjara Kajang bukannya Sungai Buloh kerana kedudukan penjara itu.

“Kenapa Najib pilih penjara Kajang bukannya Sungai Buloh? Siapa tahu kenapa dia pilih Penjara Kajang.

“Penjara Kajang ni saudara, sebelah penjara lelaki ada penjara perempuan.

“Sebab tu dia pilih penjara Kajang kerana oh nona ku Rosmah bakal masuk bersama,” kata beliau diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Bekas Senator Siti Aishah yang pernah ditahan dalam lokap kerana memuat naik satu video di Tik Tok dalam isu kenaikan harga barang pada 1 Julai lalu berkata demikian dalam ceramah Rapat Mega Keadilan di Gombak malam tadi.

Selepas disahkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Najib Razak telah dibawa ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu bukannya Penjara Sungai Buluh sebagaimana biasa.

Seminggu selepas itu, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor pula didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.

Namun begitu, beliau dibenarkan ikan jamin sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.