Malaysia Dateline

Tahun 2020 ruang terbaik PH laksana baki manifesto PRU14

Tahun 2020 harus dimanfaatkan semaksima mungkin oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mengatasi pelbagai kelompangan yang ada.bagi membuktikan bahawa kerajaan mampu merealisasikan semua janji dalam PIlihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.

Timbalan Ketua Bahagian, Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang, berkata,Tempoh yang masih ada kini harus digunakan sebaik mungkin bagi membuktikan bahawa PH mampu untuk mengemudi pentadbiran yang akan datang.

Azmi Alang (dua dari kiri)  menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar di Sungai Dua, Tasek Gelugor.

“Semua komponen PH mesti menggunakan peluang yang ada dengan turun padang menunaikan polisi dan dasar terbaik yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

“Dengan merealisasikan apa yang telah dijanjikan sebelum ini, bukan saja akan memberi kredit yang besar kepada PH, tetapi juga kepada rakyat yang mengharapkan nasib mereka diberi pembelaan,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada pelajar yang tidak berkemampuan di Sungai Dua, Tasek Gelugor.

Sehubungan itu kata Azmi, kini bukan lagi masa untuk bertelingkah dan mencari kesalahan mana-mana komponen parti.

Sebaliknya ruang yang ada dipergunakan bagi memastikan semua janji ditunaikan sehingga rakyat benar-benar yakin kepimpinan PH dapat meneruskan kesinambungan perjuangan yang ada.