Tahun Baru 2016 : Tahun merakyatkan Amanah, kata Salahuddin

Tahun Baru 2016 : Tahun merakyatkan Amanah, kata Salahuddin

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menyeru setiap kepimpinan di semua peringkat parti itu supaya menjadikan tahun baru 2016 sebagai ‘Tahun Merakyatkan Amanah’.

Katanya, di saat dan ketika ada beberapa parti politik di negara ini cenderung untuk kembali kepada era politik perkauman, Amanah perlu pantas untuk menampilkan pendekatan politik yang lebih segar dan menyakinkan.

“Penampilan Amanah dengan pendekatan politik Islam yang progresif,inklusif dan peduli perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupn rakyat di negara ini.

“Amanah juga sedang merancang secara teliti agar setiap keluarga di negara ini mempunyai ahli Amanah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Amanah juga konsisten untuk menjadikan perjuangan pembelaan isu-isu rakyat dan menentang salah laku serta kezaliman BN sebagai suatu keutamaan.

“Adalah terlalu penting bagi Amanah sepanjang tahun 2016 untuk menjenamakan parti ini dalam ingatan dan sanubari rakyat melalui seluruh ruang dan kesempatan yang terbentang luas di persada politik negara ini,” ujarnya.

TAGS