Tahun depan YWP akan beri baucer bantuan persekolahan

Tahun depan YWP akan beri baucer bantuan persekolahan
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif YWP Zaizalnizam Zainun dalam majlis penyerahan cek bagi sumbangan bantuan persekolahan bagi tahun 2019- Foto YWP

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) akan memastikan bantuan persekolahan dalam program ‘Back to School’ bagi tahun 2019 melalui 2 kaedah bagi memastikan murid yang benar-benar layak sahaja yang menerima manfaat dari bantuan persekolahan.

YWP dalam kenyataanya juga memohon maaf di atas kelewatan yang berlaku dan bagi mengelakkan isu ini berulang, maka untuk agihan sesi persekolahan 2020, YWP akan mengedarkan bantuan dalam bentuk baucer yang diyakini memudahkan semua pihak.

Program ‘Back to School’ YWP merupakan salah satu dari tanggungjawab sosial korporat yang bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan ibubapa atau penjaga menghadapi pembukaan sesi persekolahan 2019.

Menurut kenyataan dikeluarkan, menjelaskan, mulai tahun depan YWP akan mengunakan dua kaedah untuk menyalurkan keperluan persekolahan pelajar.

“Kaedah pertama ialah, melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya dan Jabatan Pendidikan WP Labuan.

“Mereka membantu dalam urusan mengenalpasti murid-murid melalui penilaian oleh guru-guru di 224 sekolah rendah.

“Ia adalah langkah baru yang disasarkan secara terus kepada murid melalui sekolah-sekolah agar tidak berlaku sebarang pertindihan atau ketirisan. Kaedah ini dilaksanakan dengan mendapatkan saiz pakaian pelajar yang terlibat berdasarkan kepada rekod pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah-sekolah yang terlibat.

“Kelewatan yang diperkatakan berlaku melalui kaedah pertama apabila YWP bekerjasama secara terus dengan sekolah-sekolah. Antara puncanya adalah prosedur yang perlu diikuti dan jangkamasa yang diambil, bagi mendapatkan maklumat saiz pakaian dan kasut murid yang terlibat.

“Setelah YWP menerima semua maklumat dari setiap sekolah maka dilakukan pesanan kepada kilang. Akibat kelewatan dari pengumpulan maklumat saiz pakaian dan kasut murid tersebut, maka pesanan kepada kilang terlewat dari yang dirancang.

“Pada masa sama, agihan juga telah diputuskan dalam masa 30 hari selepas sesi persekolahan dibuka. Tujuannya agar pihak pengilang sempat menyiapkan produk dengan kualiti yang dijamin, dan sekolah tidak dibebankan dengan tanggungjawab dan risiko memegang stok bantuan sepanjang cuti sekolah dan agar bantuan dapat disampaikan secara terus kepada murid.

“Sehubungan itu, setiap sekolah telahpun dimaklumkan awal mengenai jangkaan penerimaan bantuan set pakaian, kasut dan beg sekolah tersebut dan edaran akan bermula pada 15 Januari 2019,” ujarnya kenyataan.

Kaedah kedua adalah kerjasama dengan setiap Ahli Parlimen dan agensi-agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan dengan penetapan kuota tertentu.

Bantuan persekolahan ini adalah untuk murid sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Murid-murid terpilih, bakal menerima set pakaian, kasut dan beg sekolah yang telah ditempah secara terus daripada pengilang yang menawarkan harga yang lebih murah.

Tempahan secara terus ini adalah yang pertama kali dilaksanakan YWP. Hasil dari penjimatan yang tercapai, tanpa kompromi ke atas kualiti barangan yang disumbangkan.

Bagi kaedah agihan kedua, bantuan kepada penerima khas yang dipilih oleh Ahli-ahli Parlimen dan agensi-agensi di Wilayah Persekutuan telahpun berlangsung sewaktu cuti sekolah kerana YWP hanya perlu membekalkan beg sekolah dan boucher persekolahan bernilai RM100.

Sehingga kini YWP berjaya meningkatkan jumlah penerima sumbangan daripada 16,000 orang murid pada tahun-tahun sebelumnya kepada 20,000 orang penerima pada tahun ini, terang kenyataan itu lagi.

 

Y