Malaysia Dateline

Tahun lalu RM15, hari ini harga ayam percik RM25 seekor ini alasan peniaga

Tahun lalu RM15, hari ini harga ayam percik RM25 seekor di bazar Ramadan menimbulkan kerungutan dalam kalangan pembeli.

Namun sebaik ditanya peniaga memaklumkan kenaikan harga barang makanan termasuk ayam percik disebabkan peningkatan harga barang mentah dan kos pengangkutan.

Peniaga juga mendakwa mereka tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan terkesan dengan kenaikan kos lain seperti kos buruh yang turut naik.

Tahun lalu RM15, hari ini harga ayam percik RM25 seekor ini alasan peniaga
Ada yang viral, harga ayam percik seketul sudah mencecah RM10 dan ia dianggap ‘cekik darah’

Menurut peniaga, tahun lepas pekerja boleh lagi dibayar sekitar RM15 hingga RM20 sehari namun kini upah RM30 sehari pun mereka tidak mahu bekerja.

Makumat ini didedahkan Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) yang mendakwa terdapat peniaga di bazar Ramadan yang menjual makanan berasaskan ayam dengan harga dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya terdahulu menerima aduan dari pengguna lalu menjalankan pemantauan baru-baru ini dan mengesan harga ayam percik dan ayam golek meningkat secara mendadak iaitu hampir mencecah RM25 seekor dari harga sebelumnya sekitar RM9 hingga RM15 seekor.

Katanya, selain kos buruh, kos sewaan tapak juga meningkat menyebabkan peniaga tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga makanan bagi mendapatkan semula pulangan modal dan keuntungan.

Sewa tapak bazar Ramadan yang tinggi turut memberi kesan kenaikan harga barang makanan

Terdahulu Cake sudah menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan apabila harga ayam yang mahal hingga mencecah lebih RM9 hingga RM11 sekilogram sebelum ini bagaimanapu telah turun kepada sekitar RM8.50 sekilogram.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/harga-ayam-naik-lagi-refleksi-kedaulatan-makanan/