Tahun lepas beli G-Wagon RM1.3 juta, tahun ini Merqeen ‘angkat’ pula Mercedes Benz RM600k

Oleh KIM SYAZIE

Merqeen boleh dikatakan antara pelakon muda yang paling ‘laris’ dan menjadi rebutan pihak penerbit ketika ini.

Jika dikira-kira, pembabitannya dalam industri seni baru sahaja memasuki 4 tahun sejak lakonan pertamanya pada 2020.

Berkat kerja kerasnya, dia kini mampu menambah satu lagi aset apabila dilaporkan baru sahaja membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz model C63 pada Jumaat lalu.

Kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shaugeen Shaiful Izam, 23, penantian selama sebulan berbaloi selepas kereta mewah berkenaan kini berada dalam genggamannya.

“Saya dapat ‘buah hati’ saya, akhirnya!.

“Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!” katanya menerusi sebuah hantaran video di Instagram Ireena Deanna.

Dalam hantaran tersebut, terpancar riak teruja pada wajah pelakon itu saat berfoto bersama kereta berkenaan dengan ditemani keluarganya.

Menurut laporan mStar, dianggarkan model C63 itu berharga RM600,000.

Sebelum ini, pelakon itu berkongsi kejayaan membeli kereta idamannya iaitu Mercedes Benz model G Wagon yang bernilai RM1.5 juta pada November tahun lalu.

Baca juga: Daun pisang cepat layu dalam peti ais? Wanita kongsi tip, boleh tahan lebih seminggu!