Tajaan TRW: Annuar beri keterangan di ibu pejabat Mara hari ini

Tajaan TRW: Annuar beri keterangan di ibu pejabat Mara hari ini

Hampir tiga bulan berlalu sejak Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ekoran timbul dakwaan berkaitan penajaan pasukan bola sepak Kelantan,The Red Warrior (TRW).

Media hari ini melaporkan jam 10.30 pagi ini, beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia dipanggil memberi keterangan kepada Audit Dalaman MARA di ibupejabat Mara di Kuala Lumpur.

Annuar yang dilantik sebagai Pengerusi MARA mulai 19 Julai 2003 pada Februari lalu secara sukarela tampil beri keterangan mengenai isu dakwaan berkenaan kepada SPRM.

Beliau digantung tugas mulai 31 Januari lalu berhubung dakwaan penajaan Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak The Red Warrior

Annuar Musa telah menafikan ada unsur salahguna kuasa dan penyelewengan dalam penajaan itu.

Sebelum ini Annuar turut dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak digantung tugas, ini adalah kali pertama bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara.