Malaysia Dateline

Tak ada istilah B40 atau M40 ketika pandemik

BPR atau BPN : Tak wujud istilah B40 atau M40 di kala pandemik, yang ada hanyalah berpendapatan dan hilang pendapatan.

Sudah hampir 2 tahun, tetapi agihan bantuan masih tidak bersasar. Tidak ada penjelasan segmen masyarakat. Mahaidin masih menggunakan Istilah B40 dan M40. Inilah Kegagalan Besar kerajaan.

Akhirnya berlaku jurang Pendapatan. Yang Berpendapatan dapat tambahan tunai, Yang hilang pendapatan keadaan mereka makin teruk biarpun datang dari kalangan M40.

Umpamanya, tadi baca laporan akhbar, bagi B40 berpendapatan RM2,500 kebawah akan menerima RM500 tambahan. Manakala Bujang RM 100.

Sedangkan GKP RM1,000 yang sudah diumumkan sebelum ini, hanya berlaku agihan pada bulan Julai sedang krisis pendapatan bermula hari ini.

Untuk mudah faham begini: seorang pentadbir kerajaan yang bergaji RM2,500 dan penjual burger yang bependapatan RM100 sehari. Contohnya kerani sekolah dan pemandu van TNB yang dipaksa duduk di rumah, masih menerima gaji dan elaun anggota kerajaan dapat tambahan RM500.

Manakala penjual burger yang kehilangan besar pedapatannya, atau hanya dapat RM20 sehari juga menerima RM500.

Bagaimana orang bujang, ini lagi zalim. Jika bekerja dengan kerajaan atau GLC kita boleh faham. Bagaimana kalau bekerja sendiri ?

Umpamanya mengambil Upah RM50 sehari di kedai makan, atau (menjadi) pembantu penjual burger tersebut? Mereka hanya Dapat RM 100. Bagi aku ini contoh keadilan gagal dilaksanakan.

Begitu juga kelompok M40. Ada yang jauh lebih terkesan dari B40 ketika pandemik.

Dalam Islam, adil itu ada dua makna. Dalam Quran ada ketika disebut Al Adl dan ada ketika disebut Al Qisth. Ada ketika maknanya sama Al Musawah (saksama) dan satu lagi At Tawazun (keseimbangan).

Itu sebabnya ulama memberikan tafsir Adil itu.
وَضْعُ الشَّيْءِ فِي مَحَلِّهِ..
meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jadi menilai pada sudut kehilangan pendapatan itu harus adil dan bersasar. Di Singapura contohnya, selain IKS dan PKS, mereka menyasarkan satu segmen Khas iaitu Skim Bantuan Bagi Individu Berkerja Sendiri (SIRS).

Sebagai contoh kelompok ini guru Quran, guru tuisyen persendirian, ahli muzik dan penjaja dan peniaga pasar Tani.

Minggu lepas bila Singapura meningkat kewaspadaan dengan arahan duduk di rumah pada tahap 4, mereka memperuntukkan geran khas lebih SD800 juta untuk mereka terjejas memohon.

Mereka letak sasaran yang tepat, iaitu bantuan segera SD700 (RM2,100) kepada yang terpaksa bercuti tanpa pendapatan, Dan SD500 (RM1,500) bagi yang dipotong atau berlaku kekurangan pendapatan. Banyak insentif lain selain subsidi sewa.

Itu sebabnya aku kata kerajaan sejak awal pandemik membazirkan lebih RM20 billion suntikal fiskal membantu mereka yang tak terkesan dan berpendapatan,

Lebih 7 Juta kelompok ini dibantu. Sama ada kelompok Kakitangan Kerajaan, GLC dan swasta. Bayangkan PKP 1.0, kelompok M40 seperti guru pun dapat BPN.

Jika dana diuruskan dengan baik, sebenarnya kerajaan boleh sasarkan bantuan dengan lebih tepat dan bersasar.

Malah bantuan lebih panjang (dapat diberikan) kepada golongan terkesan seperti di Singapura.

Kerajaan mungkin boleh diberikan geran, pinjaman tanpa faedah RM10 ribu kepada kelompok terjejas tanpa perlu keluarkan duit simpanan KWSP, apa lagi meminjam dari Ah Long dan akhirnya terperangkap dengan belenggu riba.

Itu sebabnya bila gagal bersasar, kesan ekonomi dan pengangguran jauh lebih teruk biarpun kerajaan membelanjakan lebih RM600 billion.

Jadi, jurang rakyat semakin melebar. Tapi inilah Kerajaan tebuk atap. Khianat dan gambaran kelompok Ruwaibdhah. Depa tak faham apa pun tentang ekonomi. PM hanya pandai baca doa dan sembang seperti watak Pak Maun.