“Tak ada orang pun beli” – Wanita sedekah duit lepas lihat mak cik tua ‘struggle’ jual nasi ayam

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila umur sudah semakin meningkat, pastinya ramai memilih untuk duduk berehat di rumah, tapi bagi yang kurang bernasib baik, mereka tetap perlu bekerja di usia tua.

Seorang pengguna Facebook, Aliffa Rafini Abdullah berkongsi mengenai kisah wanita tua yang menjual nasi ayam.

Menurutnya dia terjumpa dengan mak cik yang menjual nasi ayam dengan harga RM6 namun disebabkan sudah makan maka dia terpaksa menolak.

Dari jauh dia hanya memerhati, tapi semua orang di situ menolak untuk membeli makanan daripada mak cik itu.

DIsebabkan kesian dia menghulurkan duit sebagai sedekah yang menyebabkan mak cik tersebut terharu dan berterima kasih kepadanya.

“Nampak mata dia sedikit berkaca. Entahlah mungkin sturggle (susah) nak jual makanan dari tadi kot,” ujarnya.

Bagaimanapun ada sesetengah mereka berkongsi pernah membeli makanan tersebut dan rasanya tidak sedap malah ada yang beli nasi basi.

Pengguna Facebook, Asmyra berkongsi ceritanya berjumpa mak cik yang pada ketika itu menjual di dataran.

Asymyra memaklumkan turut kesian melihat orang tua menjual nasi sedangkan sudah malam namun pada akhirnya menyesal kerana membeli.

Nasi yang dijual sebenarnya sudah basi, ayam pula dua ketul saiz kecil, tambahnya lagi ia bukanlah nasi tomato tapi hanya cili dan bawang blend sebagai kuah.

Rupanya sudah banyak tempat mak cik ini pergi dan mereka yang membeli hanya kerana kasihan dan bukanlah kerana makanan dijual sedap.

Ini membuatkan ramai tertanya mungkin dia sudah menjual dari pagi hingga malam dan itu faktor nasinya basi.

Tapi sebagai peniaga, kualiti makanan adalah sangat penting, perlu juga diambil kira faktor cuaca tempat kita berniaga.

Baca juga: “Jangan persenda perjalanan hidup orang”, Erra Fazira tampil pertahan Engku Emran