Pastinya setiap selebriti sedar bahawa mereka tidak akan mempunyai privasi seperti orang biasa namun akan cuba sehabis baik agar anak-anak mereka tidak terlalu terdedah.
Kekal dengan prinsip, pengacara dan pelakon, Elly Mazlein enggan mendedahkan wajah dua anaknya yang masih kecil.
Jelasnya dia mahu anak-anaknya menjalani kehidupan seperti orang biasa dan selesa dengan kehidupan tanpa menjadi paparan umum lapor Harian Metro.
“Biarlah anak-anak membesar seperti orang biasa sebab saya tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas.
“Tak naklah rasa mak dia artis atau selebriti. Alhamdulillah sampai hari ini anak-anak saya sangat selesa dengan kehidupan mereka,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama dia bersyukur apabila peminat menghormati privasi anaknya dan kaburkan wajah apabila memuat naik gambar ke media sosial.
“Kalau saya bawa anak keluar, kebanyakan peminat sudah faham prinsip saya. Mungkin kerana mereka sudah lama mengikuti media sosial saya.
“Peminat menghormati, mereka memang tahu kalau saya muat naik foto anak-anak wajah akan ditutup dengan emoji.
“Jadi, kalau mereka mahu memuat naik foto bersama saya, mereka akan ‘blur’ wajah anak-anak saya,” ujarnya.
Baca juga: ‘Influencer’ pesan macam-macam tapi nak makan percuma, kononnya akan ‘review’ di IG