Tak ambil dari rumah kebajikan, rupanya anak angkat Alyah…

Oleh MALAYSIADATELINE

Siapa sahaja tidak mengimpikan zuriat sendiri namun tak semua dikurniakan rezeki maka ramai memilih untuk mengambil anak angkat.

Meskipun ada yang memilih rumah anak yatim atau rumah kebajikan, ada juga membuat keputusan untuk menjaga anak saudara.

Begitulah juga buat penyanyi, Datin Alyah akhirnya mendedahkan identiti anak angkatnya, Nur Izzara yang sudah dijaga sejaka Jun tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Alyah memaklumkan dia sudah bergelar ibu susuan kepada Izzara yang juga anak saudaranya.

“Kami tidak ambil Zara dari mana-mana rumah kebajikan atau rumah anak yatim. Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri.

“Seperkara lagi, saya sudah susukan Zara. Jadi antara Zara dan Tok Ram (Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.

“Harapnya perkongsian ini dapat memberi jawapan kepada pertanyaan ramai berkenaan hal ibu susuan juga,” jelasnya dalam hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Alyah berkongsi akan tanggungjawab menjaga satu nyawa dan mengakui ia bukanlah satu perkara mudah.

“Nasihat saya tentang yang nak ambil anak angkat ni, kalau boleh jangan ikut apa orang kata atau apa rasa hati yang kita nak.

“Sebab yang kita nak jaga ni ialah jiwa dan nyawa, besar tanggungjawab ni dan tak mudah.

“Jadi sebelum apa-apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yang Maha Kuasa juga pengendali sekalian Alam ini.

“Dan dengan sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan perancang terhebat,” tambahnya.

Sekadar perkongsian, Ramli dan Alyah berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.

Baca juga: Diskaun tol 50 peratus ketika musim perayaan, apa sebabnya kerajaan buat macam ini?