Malaysia Dateline

Tak boleh dibeli, mereka tekan macam-macam, kata Warisan

Kerajaan Parikatan Nasional (PN) didakwa menggunakan segala macam cara agar musuh politik mereka tunduk menyerah, dakwa Warisan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasinya, Datuk Ismaily Bongsu, mana-mana pemimpin yang tidak dapat dibeli akan terus ditekan.

“Tak dapat dibeli wakil rakyat, mereka tekan macam-macam cara tak hairan ada pemimpin dituduh main bontot binatang,” dakwa beliau.

Dakwaan ini dibuat ekoran kunjungan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke rumah sekurang-kurangnya tiga wakil rakyat mereka.

Semalam, Borneotoday melaporkan, rumah rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Masiung Banah dikunjungi sekumpulan pegawai LHDN.

Namun tiada sebarang dokumen diambil dalam kunjungan jam 9 pagi oleh pegawai LHDN dari Kuala Lumpur itu.

Katanya, ada saja pegawai dari Kuala Lumpur yang datang ke rumah wakil rakyat merekakonon cari bukti.

“Tujuan mereka jelas cari bukti cipta bukti untuk ditangkap agar lompat sokong kerajaan pusat,” dakwa Ismaily.

Atas dasar itulah, kata beliau, kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal mahu Perkara MA63 dilaksanakan.

“Itu sebab kerajaan negeri pimpinan DSSA mahu MA63 dilaksana.

“Kenapa pemimpin yang dahulu melawan Malaya dan sekarang sekongkol khianati sabahan?

“Masa depan kita musnah jika tak sama berjuang lawan kerajaan PN yang wajahnya dua kali lima dengan BN,” katanya lagi.