Tak cukup sondol suami, penyondol belasah isteri lepas disoal tentang hubungan

Oleh KIM SYAZIE

Tak cukup dengan merampas suami orang, wanita didakwa belasah juga si isteri walhal dia berada di pihak salah

Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memuat naik hantaran dibelasah kekasih gelap suami.

Mangsa berusia 21 tahun pada awal berjumpa suspek untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Menurut Oh! Media, Shinta Bella Syafirah menghantar mesej kepada suspek untuk bertanya mengapa dia mahu berkenalan dengan suaminya.

Suspek, Gina kemudian tiba ke tempat yang dipersetujui bersama seorang lagi rakannya sebelum menyerang mangsa hingga sebabkan kecederaan teruk di kepala.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebong, Iptu Alexander memaklumkan bahawa mangsa menyatakan suaminya telah mengajak suspek berkenalan menerusi Facebook tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun suspek kemudian berkongsi tangkap layar perbualan dengan suami mangsa dan menularkannya di media sosial.

Suspek kemudian melarikan diri selama tiga minggu sebelum berjaya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Baca juga: Bahana bagi kawan ‘test-drive’, kereta GR Yaris Kansai milik Pekin Ibrahim jahanam – “Baru seminggu sampai Malaysia”