“Tak faham dengan perangai ‘officemate’ aku ni, bujang tapi sondol suami orang, laki tu dah ada 3 isteri”

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang masa tengah sibuk mencari rezeki pun ada masa nak buat dosa, bercinta dengan suami orang, isteri orang atas pelbagai alasan.

Bukannya tak tahu rakan sekerja tu sudah ada pasangan halal, asalkan dapat rasa ‘kasih sayang’ dan duit lebih.

Seorang lelaki terkilan dengan budaya di tempat kerjanya apabila rakan sepejabat secara terbuka menjalin hubungan sedangkan kebanyakan sudah berkahwin.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari sebuah portal luahan perasaan atas talian.

Semenjak dua menjak ni aku rasa ada sesuatu yang tak kena dekat pejabat aku, aku tak nak campur tapi benda ni orang sekeliling dan aku hanya mampu berdiam diri.

Mulanya aku tak nak ambil kisah tapi hanya berdoa. Nasihat pun tak jalan dah ni dah dengan orang sekeliling aku ni.

Masalah pertama

Masalah yang pertama, ada hubungan dengan suami orang walaupun dia dah tahu orang tu suami orang.

Baik, yang ni aku tak tahu di mana silapnya. Sebagai seorang perempuan, kau dah tahu dia tu suami orang, ada anak tapi kenapa kau masih juga menjalankan hubungan.

Apa suami orang tu buat dekat kau sampai kau sanggup buat macamtu. Teori yang pertama mungkin lelaki tu kaya. Teori yang kedua cara lelaki tu memanjakan kau.

Masalah kedua

Luahan yang kedua skandal dengan rakan sekerja. Kalau dua-dua bujang tak mengapa la kut, ini satu suami orang dan perempuan bujang.

Elakkan keluar berdua dengan suami orang atau isteri orang. Kerja biarlah professional kalau dah kantoi susah.

Aku hairan bin ajaib. Benda ni viral kot curang, skandal. Tapi kenapa masih ramai yang terjebak korang tak ambil pengajaran ke dari kisah ni.

Jawapan kawan aku “Benda sedap…” siapa yang tak terjebak.

Masalah ketiga

Luahan yang ketiga masih hal yang sama perempuan bujang ada hubungan dengan suami orang.

Peliknya, lelaki tu dah ada tiga isteri (khabarnya) tapi lelaki tu rapat dan ada hubungan dengan seorang perempuan bujang lagi.

Aku hairan lagi sekali kenapa tergamak mereka berbuat demikian, yang perempuan pun beria sangat.

Ini cerita yang aku rasa terkilan. Isteri pertama lelaki tu keguguran, kemudian dia suruh kawan dia yang tolong tengokkan isteri dia.

Dia bukan dengan isteri kedua bukan dengan isteri ketiga tapi dengan skandalnya.

Aku tak tahu apa tujuan perempuan tu masih berkawan dengan suami orang tersebut. Mungkin dia nak kikis harta lelaki tersebut.

Harap perempuan bujang sedar diri

Aku sebenarnya kesian dengan perempuan bujang. Andai kataawak berdua kantoi. Lelaki tu tak akan cerai dengan isteri dia.

Dia pastinua tak akan kahwin dengan awak pun. Lainlah kalau dia betul ada niat nak kahwin dari awal perkenalan.

Kalau betul lelaki-lelaki ni nak kahwin dengan anda sekalipun, berani ke dia bawa awak jumpa isteri dia.

Ke memang suka berada di level kekasih gelap sahaja, seronok dimanjakan dengan barang mewah sampai lupa ada wanita dan anak yang tersakiti.

Lebih sedih kalau sudah sampai ke ranjang. Maaf cakap tapi pelacur pun dibayar sedangkan anda bagi diri anda secara percuma.

Baca juga: “Masa ‘chubby’ suami tak hairankan aku langsung, bila kurus cemburunya setinggi Menara 118!”