Tak guna susu pun, ini resipi spaghetti carbonara asli, paling penting kuning telur!

Oleh MAISARAH AISYA

Resipi orang Malaysia buat spaghetti carbonara ini selalunya guna susu full cream, kuahnya pula banyak, rupanya berbeza dengan di luar negara.

Pasta carbonara yang asli hanya sedikit basah tapi tidak sampai berkuah banjir seperti yang kita buat dengan susu.

Teksturnya juga pekat seolah-olah hampir tidak berkuah dan ia menyalut pasta dengan sebaik mungkin.

Ini adalah perkongsian dari Wan Luqman tentang cara buat pasta carbonara asli ala kafe mewah.

Resipi Pasta Carbonara

Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resipi ni buat sos dia dari mula. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya).

Malah tidak menggunakan tepung jagung! Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah (mentega dicampur tepung gandum).

Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas.

Bahan-bahan:

  • 60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
  • 3 biji kuning telur
  • 3 biji cendawan swiss brown
  • 2-3sb parmesan cheese
  • Sedikit lada hitam
  • Beef lean / beef streaky

Cara-cara:

  1. Untuk sesedap rasa seorang makan lebih kurang 50-60gm.
  2. Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.
  3. Guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak. Ni untuk menggantikan bacon.
  4. Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam.
  5. Gunakan telur kuning sahaja, pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat.
  6. Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
  7. Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hotdog ke pun boleh. Kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.
  8. Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
  9. Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ya.
  10. Bila air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api.
  11. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
  12. Tutupkan api dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa anda. Ambik 4 ke 5 sudu besar macam tu.
  13. Kacau bagi rata. Ingat tutup api ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pula. Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.
  14. Dah siap. Tak ada guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur.

Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni.

Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley.

Jadi, anda juga boleh buat 5 star carbonara macam kat resoran mewah tu di rumah. Selamat mencuba!

Tapi kalau dah nama pun resipi, ikut sahaja cara yang selalu anda buat, tak salah pun, asalkan kenyang perut sudah.

Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ cuci air fryer, wangi dan berkilat tanpa perlu disental!