Tak habis dihina konon makan harta anak yatim, Ali Puteh perjelas isu faraid rupanya dah selesai bulan lepas

Oleh MAISARAH AISYA

Masih berbalas kenyataan antara pihak Ali Puteh dan bekas kakak iparnya Nor Hidayah yang menyebabkan pelawak tersebut dipandang hina masyarakat.

Ia dikatakan berkaitan isu faraid namun pelawak tersebut menegaskan isu tersebut sudah selesai di mahkamah bulan lepas dan yang tinggal hanyalah hutang akibat kalah saman.

Menurut mStar, Ali memaklumkan kenyataan yanng sering dikeluarkan Nor Hidayah menyebabkan dirinya menerima kecaman saban hari ketika mencari rezeki.

Pelawak berusia 35 tahun itu sudah penat menepis tohmahan dan mahu meletakkan sepenuhnya fokus kepada keluarga.

“Kepada bekas kakak ipar saya iaitu Hidayah sudah-sudahlah keluarkan kenyataan yang boleh buat orang pandang hina kepada saya serta maki hamun.

“Pembahagian harta pun sudah dapat bulan lepas. Sampai bila nak biar masyarakat mengata dekat saya makan harta anak yatim?

“Itu tak benar, fasal hutang ya betul saya kalah kes mahkamah, tak apa saya okay, saya cuba untuk bayar,” kata Ali seperti dipetik mStar.

Pada masa sama Ali turut memohon bekas kakak iparnya itu untuk tampil dan menjelaskan secara terperinci mengenai pembahagian harta milik arwah Abam.

“Saya minta jasa baik satu saja, tolong buat video dan jelaskan mengenai faraid seperti mana yang pernah cakap pada tiga tahun lepas, di mana dulu kata tak dapat duit,” ujarnya.

Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, meninggal dunia pada tahun 2020 akibat demam panas.

Abam meninggalkan balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Baca juga: Rumah tangga disangka goyah, sekali Siti Nurhaliza tepis gosip dengan kata-kata ini