Malaysia Dateline

Tak habis-habis dengan kontroversi, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah simpan video bekas kekasih

Tak habis-habis dengan kontroversi Haqim Stopa mengaku tidak bersalah menyimpan video bekas seorang kekasihnya dalam dua telefon bimbitnya.

Dia juga seorang pencita kandungan yang mempunyai sejuta pengikut dalam aplikasi Tik Tok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini.

Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa menyimpan gambar dan video lucah wanita berumur 21 tahun.

Beliau didakwa menyimpan gambar di dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu bapa yang uzur.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 23 Februari tahun depan.

Pada 10 Disember lalu, media melaporkan lelaki itu ditahan polis pada Jumaat lepas kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.

Baca juga: Menjelang 19 Disember: Ini 9 perkara anda perlu tahu tentang Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim