Tak henti taubat di balik tirai besi, tatu ketua mafia terpadam bila dijirus kapur barus

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, seorang lelaki yang pernah bergelar ketua mafia boleh berubah sekelip mata apabila dimasukkan ke dalam tirai besi.

Dulunya mengetuai kumpulan samseng, lelaki itu malah tampil menjadi imam solat jemaah bersama banduan di sebuah penjara tempatan.

Terlibat dalam pelbagai kes jenayah, ketua mafia tersebut ditakdirkan untuk dipenjara beberapa tahun sementara menanti hukuman gantung.

Membuka lembaran baru, lelaki berkenaan mula insaf dan menghabiskan sisa hidupnya dengan mempelajari kitab suci Al-Quran di dalam penjara.

Tidak pernah meninggalkan solat, lelaki yang sudah bertaubat itu sering dipilih menjadi imam di kalangan para penghuni tirai besi.

Namun malangnya, bekas ketua mafia berkenaan telah dibuang keluarga akibat terkesan dengan jenayah yang pernah dilakukan lelaki itu.

Puas memohon keampunan dan mengungkapkan kata-kata rindu, isteri dan anaknya tidak pernah datang ke penjara untuk mengunjunginya.

Tiba saatnya untuk menjalani hukuman gantung, lidah lelaki tersebut tidak berhenti melafazkan zikir selepas kepalanya disarungkan dengan kain hitam.

Ketika menuju ke bilik hukuman, kaki lelaki itu tiba-tiba tersadung sebelum terjatuh dan menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan di leher.

Tidak hanya terhenti di situ, satu kejadian pelik berlaku sekali lagi tepatnya pada waktu jenazah bekas ketua mafia berkenaan dimandikan.

“Keajaiban oleh Allah diterjemahkan saat siraman air terakhir kapur barus menjadi keruh. Rupa-rupanya ia menghilangkan terus tatu yang penuh dibelakangnya.

“Inilah tanda Allah SWT tidak pernah menolak hambaNya yang benar-benar bertaubat,” kata pengguna media sosial yang bernama At Turabi Daud.

Tular di media sosial, pengurusan jenazah bekas ketua mafia itu dikongsikan At Turabi menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

“Suatu yang mustahil pada adat, tetapi tidak mustahil apapun di sisi Allah apabila menerima taubat hambaNya.” Ulasnya.

Baca juga: Tak takut dosa! Imam buat maksiat di perkarangan masjid dengan janda, berhenti lepas kantoi dengan penduduk