Tidak mahu dikira berat sebelah kerana mengambil pekerja berdasarkan paras rupa yang menarik, syarikat di China minta calon untuk memakai topeng.
Chengdu Ant Logistic mendapat perhatian ramai selepas klip video proses temuduga syarikatnya tular lapor Oddity Central kelmarin.
Video tersebut telah dirakam oleh calon syarikat tersebut, malah pegawai sumber manusia dan eksekutif syarikat juga dilaporkan memakai topeng muka.
Syarikat tersebut memaklumkan bahawa pemakaian topeng muka adalah bagi mengelakkan keputusan berat sebelah berdasarkan paras rupa.
Malah ia juga dapat membantu calon dengan mengurangkan tekanan dan mengingatkan mereka bahawa syarikat lebih menekankan kebolehan berbanding penampilan.
Langkah ini dapat dilihat berkesan terutamanya kepada calon yang pemalu kerana tiada reaksi muka yang perlu dilihat semasa sesi temuduga.
Baca juga: Harga tapak lebih RM20,000 untuk karnival raya, warganet takut nak tahu harga baju