Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali tidak mahu menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk tamatkan karier dalam dunia seni.
Walaupun masih banyak perlu dipelajari, Nabila senang apabila suaminya, Nik Iruwan masib membenarkannya untuk kekal bekerja.
Menurut Harian Metro, Nabila akui cuba bahagikan masa antara keluarga dan kerjaya namun akan meletakkan keluarga sebagai keutamaan.
“Apa pun saya tidak mahu menjadikan status isteri orang yang digalas kini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau cuba kurangkan urusan pekerjaan kerana rumah tangga. Buat masa ini, saya masih boleh membahagikan masa dengan baik.
“Masa bersama suami dan keluarga tidak terganggu kerana semua jadual kerja sudah disusun dengan baik kerana mereka (keluarga) adalah keutamaan saya.
“Pada ketika ini, saya juga faham mana yang patut didahulukan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Baginya rezeki boleh datang dalam pelbagai cara, jika dia kurang berlakon sekalipun dia masih boleh teruskan dengan nyanyian atau perniagaan lain.
Tambah Nabila dia juga akan mengikuti saranan suaminya untuk mengikuti kelas nyanyian untyuk perbaiki lagi dirinya.
“Macam berlakon suami memberi izin, tetapi saya kena tahu menjaga batas dalam lakonan. Manakala untuk nyanyian, suami sarankan saya masuk kelas nyanyian.
“Dia selalu cakap, jika saya mahu jadi penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri dan minta saya pergi kelas nyanyian sebanyak mungkin dan sentiasa bekerja keras,” katanya.
Baca juga: “Kami nak penonton enjoy the show”, ini respon pelakon lepas babak bercium dikritik hebat