Tak masuk akal Muhyiddin terus bersama Umno, kata Zaid

Tak masuk akal Muhyiddin terus bersama Umno, kata Zaid

 

 

 

 

 

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

zahid Ibrahim 1Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim ‘hairan’ jika Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus kekal dalam Umno selepas apa yang dilakukan parti itu kepadanya.

Beliau berkata, tambahan pula Umno kini boleh dianggap sudah tidak mempunyai masa depan.

“Semua orang ada pendekatan sendiri. Jangan kata Tan Sri Muhyiddin tidak akan bertindak (selepas digantung sebagai Timbalan Presiden).

“UMNO ini parti nak kalah dah. Jadi tak masuk akal kalau kita nak kekal dalam parti yang nak kalah. Dia (Muhyiddin) patut masuk ‘group’ yang nak menang,” katanya dalam satu wawancara khas bersama portal FMT di kediamannya, hari ini.

Zaid dipetik sebagai berkata, beliau percaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin semalam berkata, beliau akan mengadakan sidang media dalam masa dua hari (3 Mac ini) bagi menjawab isu penggantungannya sebagai Timbalan Presiden dan kedudukannya dalam Umno.

Sehari sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung ‘masa depan’ Umno, Zaid berkata parti itu kini hanya boleh bergantung kepada undang-undang untuk mempertahankan diri.

“Masa depan Umno macam sekaranglah, tangkap sana tangkap sini. Itu sahaja nyawa yang masih ada. Jika Umno ada masa depan, bermakna kita (sebagai rakyat) tiada masa depan,” katanya lagi.

TAGS