Tak minat kontroversi murahan, Sophia mahu orang fokus kepada bakat lakonan

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu nama pelakon Sophia Albarakbah sering terpalit kontroversi selepas dia memilih berlakon dalam drama romantik.

Melihat kepada situasi yang melanda diri Sophia mengharapkan peminat atau orang ramai lebih fokus akan bakat lakonan daripada kontroversi.

Menurut Harian Metro Sophia memaklumkan dia tidak pernah berminat dengan kontroversi murahan ini walaupun sering terkait dengan nama pelakon lelaki lain.

“Dari dulu lagi, saya tak buat apa-apa pun, tapi, orang lain yang wujudkan kontroversi dan masukkan nama saya dalam kontroversi mereka. Sedikit sebanyak, orang luar akan fikir, itu adalah kontroversi saya.

“Saya tak berminat dengan kontroversi murahan seperti ini. Bagi saya, dalam industri ini, biar orang bercakap mengenai naskhah lakonan dan hasil kerja saya.

“Tapi, sesetengah orang mungkin lebih suka menaikkan nama mereka dengan ‘benda’ remeh sebegini.

“Jangan kaitkan nama saya kalau itu pilihan kamu untuk naikkan nama kamu. Saya rasa, itu sangat merepek,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tambahnya, dia tidak mahu menghakimi sesiapa atas pilihan mereka untuk mengembangkan lagi bakat dan nama.

“Saya bukan jenis yang nak naikkan nama dan buat ‘benda’ bodoh. Mungkin sesetengah orang, kurang bijak. Tapi, itu pilihan dan cara mereka dan saya tak hakimi mereka.

“Tapi, bagi saya, saya nak naikkan hasil kerja dan fokus kepada kerjaya saya sahaja.

“Orang yang menyokong saya pun, mereka ada otak dan ada mata untuk menilai. Mereka boleh berfikir dengan logik.

“Jadi, sebab itu saya bersyukur kerana ada orang yang menyokong saya,” ujarnya.

Baca juga: “Bukan nak jadi BFF” – Neelofa mahu buka buku baru dengan Fazura, tak mahu peminat saling bertelagah