Kalau dulu nak makan ayam panggang mesti pergi Kenny Rogers Roasters, bila masuk kedai pergh bau ayam panggang dia memang rasa terliur.
Seorang pengguna Facebook, Nurul Aini Mohamed Ali tampil berkongsi resepi ayam panggang buat mereka yang nak berjimat dan tak mahu makan luar.
Dia memuat naik resepi tersebut di halaman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Ayam Panggang Seksi
Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tak perlu pergi kenny rogers dah kome..Jimat poket.
Ayam seekor terus atau potong kepada empat. Nak nampak cantik panggang terus tanpa potong.
Bahan A
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub ayam knorr
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
- 100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia
Bahan B
- 1 sudu madu
- 3 sudu butter
- 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Haa, kalau teringin sangat nak makan tapi restoran semua jauh boleh cuba resepi ini.
Baca juga: Teringin nak makan Mee Bandung? Boleh cuba resepi ini, sedap dan cepat masak!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio