Bagi yang suka makan ayam kampung mesti tahu betapa susahnya nak lembutkan ayam sebelum boleh dinikmati.
Ini adalah sebab ayam kampung bebas daripada sebarang suntikan hormon, jadi isinya tidak besar seperti ayam biasa.
Ikuti perkongsian pengguna Lemon8, @snfkitchen_90 mengenai cara mudah untuk lembutkan isi ayam kampung menggunakan satu jenis buah sahaja.
“Salah satu petua orang lama nak lembutkan isi ayam kampung yang keras dengan menggunakan nenas.
“Enzyme nenas boleh lembutkan ayam kampung dan daging supaya tak liat,” ujarnya dalam perkongsian di laman Lemon8.
Tip lembutkan ayam kampung guna buah nenas
Bahan-bahan:
- Ayam kampung
- Sebiji nenas
Cara-cara:
1. Kisar halus nenas sehingga tekstur bertukar menjadi jus.
2. Tuangkan jus nenas ke atas ayam kampung dan pastikan ia digaul secara rata
3. Biarkan ayam sebati dengan jus nenas selama 5 ke 10 minit, jangan biar lama sangat.
4. Kemudian bilas bersih ayam kampung itu dan sedia untuk dimasak.
Selamat mencuba!
Baca juga: Blender cepat kotor dan berbau? Ini cara mudah nak cuci, guna 2 bahan je!