Tak perlu susah-susah rendam 1 malam! Ini petua senang nak lembutkan sotong kering

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka masak guna sotong kering, mesti tahu betapa lamanya masa nak ambil untuk lembutkannya, kadang-kadang sampai satu malam.

Mesti banyak kali fikir kalau nak masak sotong kering, rupanya dah ada cara senang untuk sotong kering ini.

Antara resipi kegemaran sotong kering ni mestilah masak sambal, kalau ada lauk ni sahaja pun dah cukup untuk tambah berpinggan nasi.

Tips ini dikongsikan menerusi halaman Facebook ‘Resepi Pembuka Selera’.

Cara lembutkan sotong kering dengan cepat

Petua 1

  • Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama satu hingga dua jam.
  • Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.

Petua 2

  • Jemur kulit durian sehingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk.
  • Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Seterusnya bersihkan sotong dan bilas dengan air.
  • Terus boleh dimasak.

Petua 3

  • Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut.
  • Apabila sudah lembut, boleh tos dan bersihkan sotong.
  • Kemudian boleh terus boleh digunakan untuk memasak juadah yang disukai.
  • Jangan letak abu chang berlebihan supaya baunya tak terlalu kuat dan tak rasa pahit.
  • Untuk hasil yang cepat, boleh lebihkan penggunaan abu chang dan rendam 3 ke 4 jam.

Petua 4

Masak dalam pressure cooker. Tak kisahlah jenis periuk yang perlu dimasak atas dapur ataupun electric pressure cooker, dua-dua tetap akan hasilkan sotong yang lembut.

Zaman sekarang kalau tak pandai masak, tak perlu susah-susah beli buku lagi dah, terus cari resipi di Google dan siap.

Baca juga: Daun pandan rupanya boleh bantu kecilkan pori-pori, kena tambah 1 bahan ini baru menjadi!