Lain daripada yang lain! Seorang peniaga burger mencuri tumpuan dengan keunikannya membalut burger menggunakan daun pisang.
Boleh dikatakan ini kali pertama burger berbalut daun pisang diperkenalkan.
Kata Ganesh yang merupakan pemilik bisnes burger itu, dia menggunakan daun pisang supaya aromanya sebati dengan burger dan menjadi lebih enak apabila dinikmati.
Burger yang dibalut daun pisang itu akan disalai atas pemanggang buat seketika untuk meresapkan aromanya.
Alternatif itu seperti dijangka membuatkan ramai kagum kerana daun pisang kebiasaannya digunakan sebagai alas nasi lemak untuk meningkatkan aroma makanan.
Mereka memuji kreativiti pemuda tersebut, sekaligus dapat mengurangkan penggunaan plastik pembungkus.
Difahamkan perniagaan itu dijalankan sejak tahun 2018 dan semakin mendapat sambutan selepas perniagaannya tular dalam laman TikTok KL Foodie.
Burger Ji Legend terletak di Jalan Puchong Mesra 1, Kampung Muhibbah Kuala Lumpur.
Sementara itu memetik temu bualnya bersama Free Malaysia Today, Ganesh pernah berkerja dengan rangkaian makanan segera selama sembilan tahun sebelum menjalankan perniagaan burger sendiri.
Kini Ganesh mempunyai dua buah gerai yang terletak di Puchong dan Taman OUG.
Baca juga: Jadi ibu ‘segera’, Sarah Suhairi tamatkan zaman bujang, pilih duda anak 3 sebagai teman hidup