Malaysia Dateline

Tak pernah serik lempar dakyah liar-Adakah Mahiaddin masih anggap Pas parti ajaran sesat?

Tan Sri Mahiaddin Yassin mungkin berniat baik untuk rakan apabila memohon maaf atas tindakan ketua Pemuda Pas Sik yang menghukum mereka yang mengundi Pakatan Harapan atau Barisan Nasional akan masuk neraka.

Tetapi tugas beliau tidak selesai dengan isu itu sahaja kerana rakan akrab beliau dalam PN telah banyak melempar dakyah liar kepada banyak pihak sejak zaman berzaman di mana parti lama beliau Umno sendiri dikenakan tuduhan khafir melalui amanat Presiden Pas Haji Hadi Awang.

Oleh kerana itulah agaknya Tan Sri Mahiaddin pernah mengelar Pas- Parti Ajaran Sesat, atas kecelupaan dan juga sikap berubah rubah Pas.

Baru baru ini juga Pesuruhjaya Pas Perak menuduh Anuar Ibrahim akan membenarkan perkahwinan sama jenis jika berkuasa.

Isunya kata-kata dari mulut Presiden dan Pesuruhjaya Negeri Pas pun sama tajam dan hebat kenapa hanya kenyataan ketua pemuda Pas di tegur dan di pohon maaf?

Adakah konsep kekebalan dan pilih bulu dibenarkan dalam Islam?

Adakah dengan memadam rekod pengharaman amanat Haji Hadi dari portal rasmi Jakim oleh kerajaan Perikatan Nasional Mahiaddin, segala dosa lama boleh dimaafkan begitu sahaja?

Berapa ramai telah becerai-berai dan dikhafiri oleh amanat Haji Hadi?

Adakah Menteri Agama dari Pas menganggap memadamkan pengharaman Amanat Haji Hadi dari portal Jakim rakyat dengan mudahnya boleh memaafkan segala-galanya?

Adakah menteri Agama menganggap kuasa di tangannya satu hari boleh dengan semudahnya mengeluarkan pengesahkan siapa khafir dan siapa masuk neraka sesuka hati?

Sekarang keluar pula tuduhan mereka dalam PH terdiri dari orang tidak beriman dan Menteri Agama berdiam diri .

Nampaknya Mahiaddin akan mengeluarkan banyak lagi pemohonan maaf untuk anak buahnya dari Pas kerana mereka tidak pernah serik.

Dengan kenyataan kontroversi ahli neraka ketua Pemuda Pas dan tuduhan LGBT Pesuruhjaya Pas Negeri baru baru ini, adakah Tan Sri Mahiaddin berpendapat Pas adalah masih parti ajaran sesat seperti beliau pernah katakan dahul?

Nampaknya tabiat kontroversi lama Pas yang dulunya dikatakan sesat masih kekal, yang berubahnya adalah hari ini Pas adalah sahabat baik Mahiaddin.

Baca juga: “Heboh cerita gaji bawa lori RM10k, yang dapat RM3k ke RM4k sebulan tak mahu cerita!”

Baca juga: Cuba cari ibu kandung, lelaki menetap di lapangan terbang selama 18 tahun akhirnya meninggal dunia