Malaysia Dateline

Tak pernah tengok ambulans isi minyak, pemuda ini ‘belanja’ gambar, netizen lega persoalan terjawab!

Baru-baru ini, ruangan media sosial Facebook dilihat menjadi medium netizen meluahkan apa yang terbuku di hati mereka selepas satu topik mengenai ambulans diutarakan.

Rupa-rupanya ada di antara mereka tak pernah tengok kenderaan membawa pesakit atau van ambulans mengisi minyak di stesen minyak.

Bermacam-macam reaksi diberikan mereka antaranya umur sudah 44 tahun, tetapi tidak pernah terserempak dengan van ambulans mengisi minyak.

Lantas, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Anuar Muhammad memuat naik gambar van ambulans yang sedang mengisi minyak kenderaan itu di Petronas.

Gambar yang dimuat naik lelaki itu kemudiannya mendapat reaksi positif daripada warganet, malah ada juga netizen yang turut sama membantu memuat naik gambar, tetapi daripada sudut lain.

Seorang pengguna laman maya dikenali Ah An mengucapkan terima kasih kerana menyiarkan gambar yang menjadi ‘topik perbualan’ netizen, baru-baru ini.

Warganet yang menggunakan nama Pengomen Ikhlas pula menyifatkan ini adalah kali pertama beliau melihat ambulans mengisi minyak.

“Haa lega dah terjawab segala persoalan!,” kata seorang lagi netizen sambil disusuli emoji ketawa.

Apa pun, diharapkan pengguna jalan raya sentiasa peka terutamanya dalam memberi ruang jika ternampak atau terdengar van ambulans membunyikan siren tanda kecemasan untuk ke tempat dituju.

Baca Juga: Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di Pavilion KL berharga lebih RM80