Malaysia Dateline

Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert akan menyusul hingga hujung 2022

Mereka yang tidak berpuas hati dengan konsert Billie Eilish malam tadi tidak perlu khuatir kerana masih ada lagi 9 konsert yang akan menyusul hingga hujung tahun ini.

Difahamkan sepanjang tahun 2022 ini, banyak selebriti atau penyanyi yang menganjurkan siri jelajah dan konsert besar-besaran termasuk artis dalam negara dan antarabangsa. Selepas lebih 2 tahun tidak beraksi, inilah masanya.

Walaupun ramai yang tidak puas hati dengan penganjuran konsert Eilish malam tadi peminat boleh menikmati konsert-konsert yang lain bakal menyusul nanti.

Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert menyusul hingga hujung 2022

Selain itu, pastinya peminat-peminat juga merindui aksi artis kesayangan di pentas besar dengan nyanyian secara langsung. Ini sekali gus dapat mendekatkan peminat atau mungkin die hard fan bersama artis pujaan mereka.

Malaysia tidak ketinggalan apabila ramai artis yang menjadikan ianya salah satu destinasi singgahan atau Tour 2022 mereka.

Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert menyusul hingga hujung 2022

Disini apa kurangnya peminat-peminat dan inilah masanya juga untuk bergembira dengan lagu-lagu kesukaan mereka.

Senarai Konsert Yang Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022

18 Ogos 2022 – Billie Eilish

10 September 2022 – Dewa 19
1 Oktober 2022 – Fourtwnty
15 Oktober 2022 – Boys Like Girls
25 Oktober 2022 – Justin Bieber
27 Oktober 2022 – Calum Scott
3 November 2022 – Russ
6 November 2022 – LANY
25 November 2022 – Boy Pablo
2 & 3 Disember 2022 – Keshi

Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert menyusul hingga hujung 2022

Semalam merupakan konsert sulung Billie Elish di Malaysia. Konsert tersebut bakal di adakan pada 18 Ogos 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya dinamakan Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 itu dianjurkan Live Nation Malaysia.

Baca juga: Tiket konsert RM598, duduk jauh Billie Eilish pun tak nampak, sound pun tak ‘clear’-Peminat Malaysia kena scam

Baca juga: Datang lambat kena potong gaji, tapi bila nak balik ‘on time’ kena marah pula – Netizen kongsi pengalaman sama