Tak puas hati dengan ‘servis’, lelaki pukul pelacur, minta pulang semula RM960

Oleh MAISARAH AISYA

Habis madu sepah dibuang, begitulah reaksi terhadap lelaki yang membuat keputusan untuk mengambil semula wangnya selepas dua kali meniduri seorang pelacur.

Menurut Channel News Asia (CNA), warga Malaysia, Goh Jun Liang mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada pekerja seks.

Goh dijatuhi hukuman penjara enam minggu oleh mahkamah di Singapura, Selasa lalu, kerana menyerang mangsa selepas tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diterimanya.

Pada 16 April lalu, Goh yang bekerja sebagai pembungkus di sebuah syarikat farmaseutikal melayari laman web yang mengiklankan perkhidmatan seks dan menemui profil mangsa.

Laman tersebut mengiklankan aktiviti seksual dengan harga 130 dolar Singapura (RM444.79) dan Goh memilih malam tersebut untuk bertemu mangsa.

Goh bersetuju untuk bertemu di rumah mangsa dan menyerahkan bayaran tersebut kepadanya.

Selesai melakukan hubungan seksual, Goh membuat keputusan untuk mandi dan apabila sudah siap dia meminta untuk membuatnya lagi dan membayar 130 dolar singapura.

Selepas dua kali membuat hubungan seksual tersebut, Goh merasakan wang dibayar tidak berbaloi dan meminta wang secara paksaan.

Menggunakan botal air logam yang dilihat di atas meja, Goh mula memukul mangsa yang membelakanginya sambil meminta wangnya dikembalikan.

Mangsa kemudian bersetuju memulangkan 260 dolar singapura (RM889.59) tapi Goh tidak berhenti memukulnya sehinggalah dia mendapatkan wangnya semula.

Wanita tersebut menghubungi rakannya dan membuat laporan polis selepas Goh beredar.

Pekerja seks itu mengalami bengkak pada bahu dan merasa sakit di kepala namun menolak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baca juga: Lukisan je dah RM150 juta! Rupanya ada kisah sedih di sebalik lukisan banduan lelaki tua disusu oleh wanita muda ini