Tak puas hati hasil kerja kontraktor, Aiman Hakim Ridza sanggup cuti 6 bulan untuk siapkan rumah

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan sedikit wang dikeluarkan untuk mengubahsuai rumah, jadi tak terkejutlah jika ada yang marah jika hasilnya tak memuaskan.

Buat pelakon Aiman Hakim Ridza, dia lebih sanggup menolak tawaran berlakon selama enam bulan dan beri fokus sepenuhnya kepada proses pengubahsuaian rumah.

Memetik OhBulan! Aiman membuat keputusan tersebut susulan tidak berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor tersebut.

“Dah pindah lama tapi rumah baru saja siap diubahsuai sepenuhnya. Alhamdulillah, ini rezeki anak juga la. Sebenarnya mula-mula kami memang ada kontraktor dan site superviser.

“Tapi kami tak berapa gembira dengan kerja dia. Jadi, saya buat keputusan untuk buat sendiri memandangkan saya ada la sedikit ilmu,” katanya seperti dipetik OhBulan!.

Tolak tawaran berlakon

Disebabkan mahu meletakkan sepenuh perhatian demi kediaman buat keluarga kecilnya, Aiman sanggup menolak tawaran dan projek raya.

“Saya tak ambil sebarang shooting selama enam bulan untuk fokus pada rumah.

Sepatutnya saya ada terlibat dengan projek raya tetapi saya terpaksa tolak semua. Saya utamakan keluarga, nak mereka duduk rumah itu dalam keadaan selesa,” tambahnya.

AIman mengakui terpaksa menanggung kerugian namun menganggap itu salah satu pengajaran hidup buatnya.

“Rugi itu memang tidak boleh kita nak nafikan. Tapi walaupun orang itu tak buat dengan baik, tetap ada sumbangan yang diberikan.

“Kita pun belajar silap orang, ketidaksempurnaan orang, sebenarnya bukan untuk kita kritik semata-mata, tapi sebagai iktibar.

“Kita patut belajar daripada apa secara pun. Rugi itu tak penting. Yang penting, kami selesaikan benda itu,” ujarnya.

Baca juga: Norman Hakim nekad telan 10 papan paracetamol, hadapi fasa gelap kerana isu ini