Ada banyak individu mendambakan kehadiran seorang cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga, tapi ada juga ibu atau bapa yang sanggup dera anak sendiri.
Bergaduh suami isteri tapi yang menjadi mangsa keadaan adalah anak lebih menyedihkan usia anak pula baru mencecah setahun.
Menurut portal Detik, seorang lelaki berusia 25 tahun di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan selepas mendera anaknya.
Kejadian dikatakan bermula apabila suspek dikenali sebagai Sandi itu berang dengan keinginan isteri untuk bercerai.
Lebih mengecewakan Sandi yang mendera anaknya selama 16 jam itu turut merakam video dan muat naik ia di media sosial, malah jelas terlihat si nenek cuba menyelamatkan.
Tidak hanya itu, Sandi turut menghempaskan bayi tersebut ke atas tilam berulang kali selain menjerut leher mangsa malah mengancam mahu menetaknya dengan parang.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, Inspektor Andi Reza Pahlawan, kejadia kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu.
Mangsa hanya diselamatkan pada keesokan harinya sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) selepas rundingan yang sukar.
“Selama 16 jam suspek mendera anaknya. Dari pukul 7 petang (waktu tempatan) hingga 10 pagi (waktu tempatan).
“Suspek mengaku berasa marah terhadap isteri dan keluarga mentuanya. Mereka sudah lama tidak tinggal sebumbung, hampir setahun,” katanya.
Baca juga: Anak yatim bengang bapa saudara lepas tangan, tuntut duit bila anak buah bekerja