Malaysia Dateline

Tak puas hati pelancong Arab letak kaki atas kepala kerusi, pemandu suruh keluar dari bas

Tular satu video mengenai seorang pelancong Arab yang dimarahi gara-gara selamba meletakkan kaki di atas kepala kerusi tempat duduk di hadapan.

Tindakan itu menyebabkan pemandu bas memarahi pelancong berkenaan dan berlaku adegan jerit menjerit antara dua individu tersebut.

Selepas ditegur pemandu tersebut, pelancong Arab itu terus mengeluarkan kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan pemandu bas dan menyebabkan dia mengarahkan lelaki tersebut untuk keluar dari bas.

Video yang dikongsi @rico_sibarani mendapat tontonan 1.2 juta dan warganet bersetuju dengan tindakan tegas pemandu bas yang tidak menunduk kepada pelancong tersebut.

Pada masa sama dapat dilihat seorang lagi pelancong wanita cuba meredakan situasi dengan meminta lelaki tersebut untuk bersabar.

Warganet turut meninggalkan komen mengenai situasi mereka berhadapan dengan pelancong Arab.

“Terbaik, saya kena dekat Langkawi masa dalam bot, ada pak Arab letak kaki di celah kerusi antara saya dan isteri. Saya pukul guna batang tripod,” komen @Midjie88.

“Aku dah 17 tahun duduk Langkawi, selalu bawa tok Arab ni, dah masak sangat dengan perangai mereka,” tambah @BobWandy83.

“Perangai orang Arab memang macam ini. They think money can buy everything,” ujar @Nekyu_Official.

Baca juga: Hotel di Arab Saudi sering ‘main harga’, ikut suka batal tempahan sebab nak untung besar