Tak ‘rushing’ nak kahwin, Kilafairy selesa hidup solo

Oleh MAISARAH AISYA

Meskipun ramai memilih untuk berkahwin pada usia muda, masih ada yang mahu stabil sebelum berumah tangga.

Dalam keadaan ekonomi sekarang ramai memilih untuk bekerja dan mengumpul duit demi masa depan.

Begitulah juga buat pelakon Kilafairy yang mengakui dirinya selesa menikmati kehidupan solo lapor Kosmo! Online.

Sebolehnya dia mahu menyerahkan soal jodoh kepada Ilahi dan tidak beri tekanan pada diri untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya tidak fikir pun tentang kahwin, kalau ada jodoh itu ada lah. Kalau jumpa dengan orang yang serasi, insya-Allah.

“Sejujurnya sekarang tidak rasa sunyi pun ditambah pula saya memang seorang yang introvert dan suka duduk seorang diri ditemani kucing.

“Tidak rushing (terburu-buru nak kahwin) pun,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Jelasnya lagi, kehidupan bujang tidak seburuk disangka kerana sering ditemani rakan dan keluarga.

“Kawan-kawan pun ramai, sentiasa ada bersama saya seperti Izara Aishah dan yang lain. Kalau nak cakap pasal zuriat memang impikan mahu ada anak sendiri.

“Kadang-kadang tengok kawan sudah ada anak dan mereka sibuk dengan kehidupan tersebut.

“Saya terfikir mungkin ada baiknya perkara itu belum berlaku kepada saya,” ujarnya.

Baca juga: “Mama dulu nak saya jadi doktor” – Syed Saddiq tunai impian ibu, muncul dalam muzik video Bella Astillah