Tak salah pergi kenduri kahwin untuk kenali rakyat, warganet pesan tak perlu masuk dalam ‘report card’

Oleh KIM SYAZIE

Tidak habis lagi dengan isu pemimpin mengeluarkan ‘report card’ yang penuh dengan perkara yang tak dianggap pencapaian oleh rakyat seperti menghadiri kenduri perkahwinan.

Terbaru, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak memerli pemimpin yang tidak turun ke kenduri kahwin rakyat dengan alasan pemimpin lain hanya berjumpa ketika pilihan raya.

Haters selalu troll pemimpin Pas pi (pergi) makan kenduri. Kenduri peluang untuk ramah mesra dan jumpa rakyat setempat.

“Mungkin pemimpin depa (mereka) jumpa rakyat waktu nak pilihan raya saja kot,” kata Razman Zakaria.

Tidak menyalahkan niat mahu mengenali rakyat, warganet bagaimanapun tidak melihat perkara itu perlu dibanggakan sehingga disertakan dalam ‘report card’.

“Apa yang susah sangat mereka ni nak faham? Tiada siapa pertikai hak kalian nak makan kenduri sekalipun.

“Orang gelak sebab hang (anda) letak pi makan kenduri sebagai pencapaian hangpa,” komen @bumilangit.

“Betul tu. Kalau pergi kenduri dikira sebagai pencapaian. Maka tak perlu jadi Ahli Parlimen atau Adun sebab pergi kenduri tu semua orang boleh buat,” ujar Nazhan Abdullah.

Banyak lagi pencapaian yang boleh diletakkan, adakah pergi ke kenduri kahwin sekadar untuk menampakkan anda buat kerja dalam ‘report card’?

Baca juga: Tak henti menyindir, sikap pemimpin Pas tak bantu selesai masalah rakyat