‘Tak salah PM bercuti dengan keluarga tapi fikir juga kesusahan rakyat’

‘Tak salah PM bercuti dengan keluarga tapi fikir juga kesusahan rakyat’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang berhak bercuti dengan keluarga namun perlu melakukannya pada masa yang sesuai.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ketika Najib dan keluarganya menikmati percutian di luar negar apada hujung tahun, rakyat sedang bergelut dengan banjir, perbelanjaan persekolahan, bayaran cukai pendapatan dan lain-lain.

“Buatlah dengan menggunakan duit sendiri dan masa tersendiri dengan sensitif kepada realiti kesusahan yang sedang dihadapi rakyat hari ini.

“Adakah Perdana Menteri sedar masa yang sukar kepada negara ini ekoran kos menjalani kehidupan yang semakin meningkat kerana beliau sendiri luluskan kenaikan harga petrol baru-baru ini,” kata Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor yang mempertahankan tindakan Najib bercuti di Australia baru-baru ini selepas mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.

“Saya memandang dari sisi yang berbeza. Ayah dan anak beriadah dengan mengayuh basikal dan seperti mana orang lain, mereka mahu lakukan aktiviti bersama.
“Tidak seperti orang lain, ayah mempunyai banyak masa diluangkan bersama keluarga. Si ayah bekerja 7 hari seminggu, keluar rumah pagi hari dan pulang lewat malam.

“Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga. 355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat,” kata Rizal dalam catatan di Facebooknya.

Raja Bahrin berkata, Najib seharusnya lebih peka terhadap kesusahan rakyat dan lebih bertanggungjawab sebagai seorang perdana menteri.

“Rakyat sedang berhadapan dengan kesusahan jadi sebagai perdana menteri Najib perlu lebih sensitif dan besederhana,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)