Malaysia Dateline

Tak sambung belajar sebab jadi ‘waiter’ pun gaji RM2k, ‘motivator’ ini balas belajar untuk hidup bukan cari kerja

Ramai pelajar memilih untuk tidak sambung belajar memandangkan kerja paling mudah dapat seperti ‘waiter’ yang tidak perlu kelulusan pun boleh mendapat gaji RM2,000 (RM2k) sebulan.

Bagaimanpun lain pandangan yang dilontarkan motivator ini yang menyifakan belajar adalah untuk hidup bukan untuk cari kerja.

Pengguna facebook yang mengguna akaun bernama Coach Zaid Mohamad yang juga ‘motivator’ menegaskan bahawa belajar untuk hidup, hidup untuk belajar bukan semata-mata untuk mencari kerja.

Beliau berkata, apabila belajar tinggi sampai ‘degree’, polar pemikiran pelajar berbeza dengan mereka yang tidak alami proses ini.

Tak sambung belajar sebab jadi 'waiter' pun gaji RM2k, 'motivator' ini balas belajar untuk hidup bukan cari kerja
Ramai orang muda memilih kerja ini

“Class project akan ajar kita time, resources & people management. Group discussions akan ajar kita toleransi, teamwork dan cara tangani ahli yang toksik.

“Malah lecturers yang brutal pun akan ajar kita erti ketabahan dan kecekalan” kata beliau.

Ini berdasarkan pengalamannya mengupah dua pemuda sebagai Personal Assistant

“Yang pertama tiada degree perlu disuruh setiap perkara. Even untuk kerja mudah seperti ambil gambar masa event. Gambar tak kreatif dan dari satu sudut sahaja. Banyak priceless moments terlepas.

“Pemuda kedua adalah pelajar UPM, saya engage part time. Gambar-gambar dia ambik – Masyaallah – segenap angle ada depan, belakang, atas stage, bawah stage… cemerlang!

“Berbeza langit dan bumi dari segi logical thinking, creativity dan proactiveness.

“Perlukan bukti lagi? Perkara yang sama berlaku dalam bidang lain seperti berniaga, berurusan dengan jiran, bersosial,” katanya.

Jelas beliau, hatta menjadi ibu bapa yang ada degree, walaupun full-time di rumah cara didik anak dia berbeza.

“Boleh nak jadi waiters atau food delivery dan lain-lain dengan gaji RM2K, malah sampai RM5k hingga RM6k. Tapi sampai bila?

“Masih puas hati ke kita kalau 20 tahun kemudian, gaji tahap sama tapi badan makin tua.

“Sedangkan yang ada degree, mungkin gaji kecik di usia muda, tapi akhirnya bijak mengatur strategi mengubah kehidupan.

“Sedih kerana masih ada yang berfikiran begini di saat kita menuju menjadi negara maju,” ujarnya.

Baca juga: 72 peratus pelajar tak sambung belajar: Lepasan SPM jawab ‘bukan tak nak tapi ada yang bergelut untuk hidup’

Baca juga: Budak usia 2 tahun dibunuh ibu hanya sebab tumpahkan gula ketika bancuh minuman