Seorang pengguna TikTok mengejutkan ramai apabila berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dalam tempoh tidak sampai dua minggu dia menabung.
Menerusi perkongsian oleh @indahsaloon, wanita tersebut berkata dia menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan perniagaan.
Dari video yang dimuat naik, jelas terlihat begitu banyak duit kertas bernilai RM50 dan RM100 dalam tiga bekas tabungnya.
Menurutnya, wang yang dikumpul itu adalah hasil duit lebihan bisnesnya dalam menjalankan perniagaan spa, salon dan jual beli emas.
Selain itu wanita berkenaan mengatakan tabungan itu adalah sekadar suka-suka kerana dia juga mempunyai akaun simpanan wang dalam bank yang dikhaskan untuk syarikatnya.
Sementara itu, wanita tersebut berkata, video yang dimuat naik adalah untuk menjadi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum bagaimana wanita tersebut mampu menyimpan sebanyak itu dalam tempoh yang singkat.
Mereka juga tertanya-tanya bagaimana dia istiqamah menabung dalam jumlah yang cukup besar.
Sehingga kini video tersebut mendapat 2.6 juta tontonan, 91,000 tanda suka dan lebih 8,500 perkongsian.
Baca juga: Masa tengah ‘drive’, tiba-tiba ada simbol menyala? Jangan panik, ini penjelasannya…
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio