Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun dekat kuali hilang! Wanita kongsi hanya guna 1 bahan sahaja

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ada setiap individu yang menyimpan kuali meskipun sudah berkerak dan digunakan berpuluh tahun lamanya.

Kadang-kadang sebab sentimental tapi selebihnya adalah untuk jimatkan kos dan tak beli kuali baru sebab masih berfungsi.

Cuma satu sahaja masalah bila berkerak, masa nak basuh jadi sukar, kadang-kadang masih ada sabun melekat walaupun dah berulang kali bilasnya.

Ini adalah cara mudah dikongsikan pengguna Facebook, Amy Rosina mengenai cara membuang kerak di kuali dengan hanya satu bahan sahaja.

“Setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak di kuali, periuk yang seusia perkahwinan.

“Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Cara-cara buang kerak di periuk, kuali

Bahan-bahan:

  • Kapur sirih
  • Periuk yang berkerak
  • Pisau
  • Berus dawai

Cara-cara:

  1. Ambil kapur makanan (yang digunakan untuk makan dengan sirih) dan sapukan pada kawasan yang kuali yang berkerak.
  2. Kemudian ambil kuali yang lebih besar dan masukkan kuali disapu sirih ke dalam kuali tersebut dan rebus ia. (Lagi lama lagi senang nak kikis kerak).
  3. Kemudian angkat ia dan boleh mula mengikis kerak yang sudah lembut dengan pisau.
  4. Bila dah tinggal sedikit sahaja kerak, maka gunakan berus dawai untuk melicinkan semula bahagian bawah kuali tersebut.

Selamat mencuba!

Baca juga: Atlet Olimpik Paris 2024 kecewa dengan kualiti pingat, warna luntur lepas seminggu