Tidak sampai setahun beroperasi, kedai kopi milik usahawan jelita Noor Neelofa yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya kini dilaporkan sudah ditutup.
Perkara itu dikongsikan pengguna media sosial di platform X.
Menerusi gambar dikongsikan, papan tanda ‘noar coffee’ pada kedai milik Neelofa sudah pun diganti dengan nama lain, menandakan penyewa kedai sudah berubah.
Difahamkan, noar coffee di Cyberjaya baru sahaja beroperasi sekitar Mei tahun lepas.
Peminatnya pada waktu itu menjangkakan ia akan laku keras memandangkan ketika itu rakyat Malaysia sedang memboikot kedai-kedai kopi antarabangsa.
Kehadiran kopi dari anak tempatan kemungkinan dapat menarik hati ramai.
Tetapi sangkaan itu jauh meleset apabila perniagaan kopi Neelofa tidak dapat bertahan lama dan ditutup.
Tidak pasti punca penutupan. Ini bukan kali pertama perniagaan selebriti itu terhenti setengah jalan.
Sebelum ini dia menjalankan perniagaan susu, inai kuku dan facemask yang kemudiannya tidak lagi diteruskan.
Baca juga: “Masa kahwin abang pinjam duit ayah RM10k, tapi bila ayah minta balik, isteri dia pula perli-perli…”